Sijil Kolej Komuniti (SKK) Pengendalian Pelancongan
Kursus Sijil Sepenuh Masa Pelancongan dan Pengembaraan (2 Tahun)
Modul kursus:
Pemanduan Pelancongan Bandar
Pemandu Pelancongan Alam Semulajadi
Ketua Rombongan Pelancongan
Pemanduan Pelancongan Setempat
Latih Amal Aktiviti Pelancongan
..............................................................................................................
Pengenalan Kursus Sijil Kolej Komuniti Sepenuh Masa
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar.
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Kursus dan Bidang yang ditawarkan di Kolej Komuniti Sungai Siput :
Sijil Teknologi Maklumat
Sijil Automotif
Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Pengembaraan dan Pelancongan
Syarat Kelayakan Program Sijil Kolej Komuniti
§ Warganegara Malaysia
§ Berumur 17 tahun ke atas,Lulus SPM/SPMV ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
§ Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
§ Lepasan SPM 2012/2013 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
Yuran Pengajian dan Tempoh Pengajian
§ Yuran Pengajian - RM 200.00 semester
§ Tempoh Pengajian – 24 bulan
(Elaun/Pinjaman disediakan kepada yang layak)
Pengambilan dan Permohonan
Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http:/www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda. Perhatian:
1• SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT DITALIAN: 055971440/1445
Pengenalan Tambahan Kursus Sijil Kolej Komuniti
Program Sijil Kolej Komuniti merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar yang akan dilaksanakan secara sepenuh masa dan juga separuh masa.
Program SKK adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat (warganegara Malaysia) yang berumur 17 tahun ke atas. Sehubungan itu, Kolej Komuniti amat mengalu-alukan permohonan dari komuniti setempat, pesara kerajaan, warga emas, belia, lepasan sekolah dan juga lepasan IPT yang berminat.
Apakah kelebihan program Sijil sediada ?
Sebagai program kemahiran, pastinya persoalan tersebut merupakan perbualan yang hangat diperkatakan sama ada dikalangan kakitangan Kolej Komuniti ataupun orang awam bagi yang meminati bidang ini.
Secara ringkasnya; Kurikulum Program Sijil yang dibangunkan bersama dengan industri secara berperingkat-peringkat adalah bertujuan untuk memudahkan lepasan Kolej Komuniti memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan. Modul-modul yang relevan dengan pasaran kerja semasa pastinya akan membantu memantapkan kemahiran pelajar agar mampu menjadi tenaga mahir yang berkualiti.
Modul Sijil Kemahiran yang mengutamakan ‘proses kerja’ ini adalah melibatkan tempoh pengajian yang fleksibel iaitu 24 bulan. Pengambilan bagi Program Sijil akan diadakan sepanjang tahun.
Program Sijil yang turut ditawarkan di Kolej-kolej Komuniti terpilih ialah Sijil Automotif, Sijil Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Akuakultur, Sijil Pemasangan Elekrik, Sijil Penyelenggaraan Bangunan, Sijil Menyelenggara dan Membaiki Bot, Sijil Pengendalian Pelancongan, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari.