Sijil Kolej Komuniti (SKK) Automotif
Kursus Sepenuh Masa Sijil Automotif (2 Tahun)
Modul Asas Automotif
Penyelenggaraan Kenderaan Ringan
Pengimbangan dan Pengjajaran Roda
Penyelenggaraan Sistem Gantungan,Stering dan Brek
Penyelenggaraan Sistem Penghantaran
Rombak Rawat Enjin Berbilang Silinder
Pengenalan Kursus Sijil Kolej Komuniti Sepenuh Masa
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar.
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Kursus dan Bidang yang ditawarkan di Kolej Komuniti Sungai Siput :
Sijil Teknologi Maklumat
Sijil Automotif
Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Pengembaraan dan Pelancongan
Syarat Kelayakan Program Sijil Kolej Komuniti
§ Warganegara Malaysia
§ Berumur 17 tahun ke atas,Lulus SPM/SPMV ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
§ Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
§ Lepasan SPM 2012/2013 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
Yuran Pengajian dan Tempoh Pengajian
§ Yuran Pengajian - RM 200.00 semester
§ Tempoh Pengajian – 24 bulan
(Elaun/Pinjaman disediakan kepada yang layak)
Pengambilan dan Permohonan
Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http:/www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda. Perhatian:
1• SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT DITALIAN: 055971440/1445
.................................................................................................................................................................
Pengenalan Tambahan Kursus Sijil Kolej Komuniti
Program Sijil Kolej Komuniti merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar yang akan dilaksanakan secara sepenuh masa dan juga separuh masa.
Program SKK adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat (warganegara Malaysia) yang berumur 17 tahun ke atas. Sehubungan itu, Kolej Komuniti amat mengalu-alukan permohonan dari komuniti setempat, pesara kerajaan, warga emas, belia, lepasan sekolah dan juga lepasan IPT yang berminat.
Apakah kelebihan program Sijil sediada ?
Sebagai program kemahiran, pastinya persoalan tersebut merupakan perbualan yang hangat diperkatakan sama ada dikalangan kakitangan Kolej Komuniti ataupun orang awam bagi yang meminati bidang ini.
Secara ringkasnya; Kurikulum Program Sijil yang dibangunkan bersama dengan industri secara berperingkat-peringkat adalah bertujuan untuk memudahkan lepasan Kolej Komuniti memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan. Modul-modul yang relevan dengan pasaran kerja semasa pastinya akan membantu memantapkan kemahiran pelajar agar mampu menjadi tenaga mahir yang berkualiti.
Modul Sijil Kemahiran yang mengutamakan ‘proses kerja’ ini adalah melibatkan tempoh pengajian yang fleksibel iaitu 24 bulan. Pengambilan bagi Program Sijil akan diadakan sepanjang tahun.
Program Sijil yang turut ditawarkan di Kolej-kolej Komuniti terpilih ialah Sijil Automotif, Sijil Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Akuakultur, Sijil Pemasangan Elekrik, Sijil Penyelenggaraan Bangunan, Sijil Menyelenggara dan Membaiki Bot, Sijil Pengendalian Pelancongan, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari.
FAQ Kursus:
1. Apakah kursus teknologi maklumat?
Kursus ini merangkumi modul asas bidang ICT seperti komunikasi data,sistem rangkaian,sistem pengoperasian,bahasa pengaturcaraan,pangkalan data internet,multimedia dan pembangunan laman web.
2. Apakah peluang pekerjaan yang boleh diceburi setelah tamat pengajian?
Berpeluang berkhidmat sebagai programmer,pembangun laman web,pembantu juruanalisa sistem,juruteknik komputer serta usahawan ICT
3. Siapakah yang mengiktiraf kursus ini?
Jabatan perkhidmatan awam Malaysia (JPA)
4. Apakah kursus automotif?
Kursus ini merangkumi bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan pengajian dan mendiagnosis enjin bermotor.
5. Apakah yang boleh dipelajari dalam kursus automotif?
Penyenggaraan asas penjagaan kenderaan,merombak rawat enjin,komunikasi grafik dan CAD,sistem elektrik kenderaan,kerja kimpalan dan pembaikan kenderaan,pengurusan pusat servis,keselamatan penggunaan alatan automotif dan pelbagai sistem kenderaan seperti transmisi,sistem bahan api dan brek.
Soal Jawab Sijil Modular Kebangsaan
Apakah pengenalan Sijil Modular Kebangsaan?
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Siapakah yang boleh memohon kursus Sijil Modular Kebangsaan?
-
Warganegara Malaysia
-
Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
-
Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
-
Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
Adakah yuran dikenakan bagi mengikuti kursus Sijil Modular Kebangsaan?
-
Yuran Pengajian - RM 10.00 sebulan
-
Tempoh Pengajian – 3 hingga 6 bulan
(Wang saku RM250 sebulan disediakan kepada yang layak)
Bagaimanakah cara memohon Sijil Modular Kebangsaan?
Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http://www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda.
Bagaimanakah cara untuk semak status permohonan Sijil Modular Kebangsaan setelah dipohon?
Keputusan permohonan boleh disemak melalui kaedah berikut:
• Laman web http://www.jpkk.edu.my